Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan di Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya seperti berikut:
1. a) Jawatan : Pembantu Am Pejabat Gred N1
b) Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
c) Klasifikasi : Perkhidmatan Pentadbiran Dan Sokongan
2. Bil. Kekosongan : 1 orang
b) Taraf Jawatan : Tetap
Syarat Lantikan:
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
a) Warganegara Malaysia;
b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ini;
c) (i) berpelajaran di peringkat sekolah rendah bantuan penuh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
(ii) boleh bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N1: P1T2).
Cara memohon:
Permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan resume berserta salinan dokumen-dokumen seperti berikut:
- Salinan sijil atau keputusan peperiksaan akhir bagi kelayakan yang disyaratkan
- Salinan sijil kelahiran, Kad Pengenalan dan sijil-sijil persekolahan yang disahkan
- 1 keping gambar terbaru berukuran pasport
Resume yang lengkap dengan dokumen tersebut hendaklah di alamatkan kepada:
Pengarah,
Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya,
No. 12, Jalan Templer,
46000 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.
Tarikh tutup permohonan: 28 September 2010 (Selasa)
Catatan am:
- Hanya calon yang layak selepas tapisan awal sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
- Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah dianggap tidak berjaya.
- Segala perbelanjaan menghadiri temuduga adalah ditanggung sepenuhnya oleh pemohon.
No comments:
Post a Comment