Sunday, August 29, 2010

Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Klang


1 . SKIM PERKHIDMATAN : PEN. PEGAWAI PERTANIAN (GRED G27) – TETAP

(DALAMAN DAN LUARAN)

(No. Fail MPK(BP)A/533) / KEKOSONGAN - 1

JADUAL GAJI (GRED G27) : P1T1 RM1206.06 - P1T26 RM3028.61

P2T1 RM1275.64 - P2T26 RM3214.76

P3T1 RM1348.24 - P3T26 RM3406.77

SYARAT LANTIKAN
a) (i) diploma dalam bidang pertanian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi
pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred G27: P1T6)
b) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran
Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

_________________________________________________________________________________

2 . SKIM PERKHIDMATAN : PEN. PEGAWAI PENERANGAN (GRED S27) – KONTRAK

(DALAMAN DAN LUARAN)

(No. Fail MPK(BP)A/713) / KEKOSONGAN - 1

JADUAL GAJI (GRED S27) : P1T1 RM1204.55 - P1T26 RM3027.10

SYARAT LANTIKAN

a) (i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
kerajaan:
(Gaji permulaan ialah pada Gred S27: P1T1)
(ii) diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusiinstitusi
pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
(Gaji permulaan ialah pada Gred S27: P1T5)
(ii) Diploma Komunikasi dan Media yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi
pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
(Gaji permulaan ialah pada Gred S27: P1T5)
b) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran
Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

_________________________________________________________________________________


PERHATIAN KEPADA PEMOHON

a) Permohonan hendaklah dibuat dalam borang MPK(BP) Perjawatan Pindaan 9/2004 yang
boleh dimuat turun dengan melayari laman web MPK di www.mpklang.gov.my.
b) Borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap dan disertakan gambar berukuran
passport, salinan-salinan sijil kelahiran, kad pengenalan, sijil persekolahan, kelulusan
akademik yang berkaitan (sijil/diploma/ijazah), transkrip keputusan peperiksaan semua
semester yang telah disahkan daripada salinan asal;
c) Pegawai-pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah mengemukakan borang
permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am Bab ‘A’ 1973 dan
menyertakan bersama-sama Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini dan laporan
prestasi.
d) Permohonan yang lewat diterima dan tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan tidak
akan dipertimbangkan dan calon-calon yang berkelayakan sahaja akan dipanggil untuk
ditemuduga.
e) Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan
ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah di hantar kepada:

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN KLANG
BANGUNAN SULTAN ALAM SHAH
JALAN PERBANDARAN41675 KLANG
SELANGOR DARUL EHSAN
U.P JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN
PADA ATAU SEBELUM : 3HB. SEPTEMBER, 2010

No comments:

Post a Comment